Testing session...
just for example of podcast.
ahlan wasahlan
Wednesday, March 15, 2006
Wednesday, June 22, 2005
Apasal la aku malas sembahyang,
Apasal la aku malas sembahyang,Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!
Macam mana kalau Kiamat Jumaat ni?
Macam mana kalau Kiamat Jumaat ni?Persediaan diri tak ada lagi
Bekalan pun belum siap lagiSiap?
Rasa-rasanya MEMANG tak cukup
Tak adaAmalan pun baru sekecil biji sawi
Ye ke?
Rasanya takda langsung
Aduhai diriku
Dapatkah mahligai di syurga nanti?
Dosa banyak, rasa hina sangat di bumi Allah ni
Apalah taraf diriku di mata Allah nanti?
MalunyaDilantik sebagai khalifah di dunia
Kerosakan dan maksiat amalanku setiap hari
Apa nak jadi dengan aku ni?
Menyesal, tapi buat lagi
Takut nanti menyesal dah tak berguna lagi...
Malam aku tak boleh tidur
Takut sangat kalau kalau maut datang menjemput
Tatkala aku lena diulit dosa
Aku takut
Jika benar apa yang diceritakan orang
Maut yang menjemputku nanti
mungkin hodoh rupanya
Gerun wajahnya serta kasar dan pedih suaranya
Aku tak sanggup nak hadapi semua tu
Aku takut dengan dosaku
Aku takut dengan kemusnahan diriku
Apalah nasib diriku di akhirat nanti?
Ya Allah...
Cekalkanlah diriku
dalam menetapkan agama Islamku
dalam menguatkan imanku
dalam menetapkan kesabaranku
dalam segala amal kebaikanku
dalam segala amal ibadahku
agar aku sentiasa rindu
pada Syurga abadiMU...
Amin...
Thursday, March 10, 2005
kata-kata hikmah
a) Tidak perlu mencari teman secantik Balkis,Jika diri tidak seindah Sulaiman.Mengapa mengharap teman setampan Yusof,Jika diri tidak seindah Zulaika.
Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim,Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah,Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w.
b) Most beautiful word = ALLAH
Most beautiful song = AZAN
World's perfect encyclopedia = AL QURAN
Best exercise = SOLATBest diet = FASTING
c) Tomorrow, be sure 2:
SMILE- it makes u look better.
PRAY- it keeps u stronger.
GIVE- it makes u richer and..
LOVE- it makes u enjoy life!
d) Tiada rasa INGAT AKAN TUHAN tanpa UJIAN,
Tiada rasa KEHAMBAAN tanpa kePASRAHan,
Tiada rasa PERGANTUNGAN tanpa kePAYAHan,
ALLAH TA'ALA memberi KEMUDAHAN dalam KEPERITAN.
